AirAsiaGo.com, portal sehenti dalam talian terunggul di Asia, telah melancarkan aplikasi mudah alih pintar yang dinanti-nantikan – AirAsiaGo Mobile App! Dengan rekaan yang ringkas dan kemas, ikon pintar dan bank imej yang luas, AirAsiaGo Mobile App membolehkan pengguna melihat dengan mudah lebih daripada 365,000 hotel dari serata dunia.
Selain itu, platform mudah alih ini juga turut menawarkan penyelesaian yang pantas dan efisyen untuk tempahan di saat akhir, serta mampu memenuhi keperluan mereka yang mencari tawaran hebat mahupun yang sedang merancang percutian bajet. Kini pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif mobile yang membolehkan mereka berjimat sehingga 70% ke atas tempahan hotel, apabila mereka menempah menerusi aplikasi ini.
Aplikasi AirAsiaGo.com telah dibangunkan oleh sekumpulan jurutera terkemuka dari jabatan pembangunan teknologi mudah alih Expedia Inc., syarikat teknologi pelancongan terkemuka yang berpusat di San Francisco; dan kini diperhebatkan lagi dengan pengisian enam kandungan tempatan serta mata wang dari Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan China.
CIRI-CIRI AIRASIAGO MOBILE APP
- Jadual perjalanan dengan notifikasi masa nyata: Status penerbangan masa nyata dengan butiran terminal serta pintu, tunjuk arah ke lapangan terbang serta peringatan daftar masuk/daftar keluar hotel menggunakan visual untuk memberikan pengalaman yang mesra pengguna.
- Maklumat Segera: Aplikasi ini dengan serta-merta menyusun maklumat hotel mengikut harga, tawaran atau ulasan serta memberikan maklumat yang boleh dipercayai di mana pengguna boleh membaca ulasan daripada tetamu yang telah menginap di hotel tersebut, sebelum membuat tempahan.
- Tawaran Eksklusif Mobile: Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga 70% ke atas untuk hotel apabila mereka menempah menerusi aplikasi.
- Lokasi Terkini: Sebaik sahaja AirAsiaGo Mobile App dibuka, penetapan sedia ada secara automatik akan memasukkan lokasi terkini pengguna yang membolehkan carian mudah hotel terdekat untuk tempahan pantas pengguna.
- Tempahan Mudah: Aplikasi ini membolehkan pengguna menempah tiket penerbangan ke semua destinasi AirAsia menggunakan carian penerbangan pintar mengikut laluan tempahan.
- Kongsi dan Masukkan Jadual Penerbangan: Penumpang boleh berkongsi jadual penerbangan mereka dengan keluarga dan rakan dengan memasukkannya ke dalam kalendar telefon mereka.
- Kandungan Tempatan: Terdapat untuk kedua-dua pengguna iPhone dan Android, di mana aplikasi kembara ini telah dimuatkan dengan enam bahasa dan matawang berbeza termasuk: Ringgit Malaysia, Thai Baht, Rupiah Indonesia, Yuan Renminbi China, Dollar Hong Kong dan Dollar Singapura, menjadikannya aplikasi wajib untuk dimuat turun pelancong tegar.
Rancanglah percutian anda yang seterusnya dengan hanya beberapa leretan jari di tablet! Log masuk ke www.airasiago.com dan muat turun AirAsiaGo Mobile App di http://www.airasiago.com.my/app. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Twitter atau Instagram AirAsiaGo.