Masih tercari-cari idea untuk busana hari bahagia anda? Mungkin anda boleh pertimbangkan rekaan busana pengantin ala Indonesia.
Seperti semua sedia maklum, busana pengantin Indonesia kebiasaannya akan menonjolkan rekaan kebaya yang bercirikan tradisional Indonesia. Kini, dengan ciri tradisional yang masih dikekalkan dengan sedikit sentuhan moden, busana pengantin Indonesia kian menjadi pilihan bukan sahaja perempuan di Indonesia, malahan di Malaysia juga.
Kami senaraikan 20 idea busana pengantin ala Indonesia yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat rekaan pakaian pengantin anda. Jom tengok!