Daripada perlu menghabiskan masa berjam-jam melayari internet untuk mencari idea hadiah buat seseorang, PayPal telah membuat pilihan menarik dan bijak untuk waktu-waktu seperti Valentine’s Day.
Pada Valentine’s Day, bahagiakan orang tersayang dengan panduan hadiah daripada Shop Around the World with PayPal Valentine’s Day Edition. Panduan ini menyediakan idea-idea hadiah dari seluruh Asia Pasifik — daripada fesyen, perhiasan sehinggalah gadget. PayPal mengetengahkan jenama dari seluruh dunia supaya anda mempunyai pilihan yang tiada kesudahan.
Dengan PayPal’s Buyer Protection dan data privacy, anda mempunyai kemudahan untuk membeli-belah pada bila-bila masa, dan dari mana sahaja. Jika pembelian yang dibuat adalah ketara berbeza daripada yang dinyatakan, PayPal akan membayar balik jumlah penuh wang anda dalam tempoh 180 hari daripada tarikh transaksi.
Semua maklumat kewangan juga disimpan dengan selamat dan tidak pernah didedahkan kepada peruncit, dan anda tidak perlu memasukkan maklumat kewangan yang sensitif setiap kali anda checkout.
Membeli-belah dengan PayPal juga memberikan anda manfaat tambahan yang dipercepatkan melalui checkout. Dengan PayPal, anda hanya perlu kata laluan anda! Tiada lagi butir-butir kad kredit, bil dan alamat penghantaran — semuanya disimpan di dalam akaun PayPal anda. Plus card reward points masih diperolehi setiap kali anda membayar dengan PayPal melalui kad kredit atau kad debit.
Menarik, bukan? Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.paypal.com.
Jom tengok contoh barangan yang anda boleh beli menerusi Paypal untuk dihadiahkan kepada yang tersayang: