Anda pernah dengar mengenai Serombotan?
Serombotan adalah hidangan khas Bali yang sederhana, murah dan meriah. Hidangan ini mengutamakan sayuran dengan sambal yang pedasnya menambahkan lagi kenikmatan. Salah satu Serombotan terkenal dijual di Jalan Tukad Pakerisan, Denpasar, milik Nengah Purnawati.
Serombotan khas Bali ini merangkumi sayur kangkung, kacang panjang, taugeh, dan pare. Sayur-sayuran berkenaan direbus secara berasingan. Ia dihidangkan bersama parutan kelapa yang disangai dan kacang hijau goreng yang dipanggil kacang mentik oleh orang Bali.
Purnawati memberitahu, sambal serombotan adalah biasa sahaja iaitu campuran cili, bawang merah dan bawang putih. Sambalnya banyak sehingga menutupi seluruh sayur yang dihidangkan. Di samping boleh dimakan dengan nasi, ia juga sangat enak dimakan bersama ketupat. Harganya juga cukup murah — jika hanya serombotan sahaja, harganya adalah sekitar Rp 3.000, dan jika ditambah dengan ketupat, harganya mencapai Rp 6.000.
Sumber: Kompas.com