Fesyenista pasti teruja kerana H&M akan berkolaborasi dengan Coachella Valley Music & Arts Festival. Menariknya koleksi ini akan menawarkan pakaian lelaki dan wanita bersama-sama dengan pelbagai aksesori.
Untuk koleksi wanita fokus kepada feminine bohemian look yang mengetengahkan graphic tops, fringe, lace, rompers, crop tops, shorts, dan wide legged pants. Bagi lelaki pula graphic t-shirts dan shorts. Harga yang ditawarkan untuk koleksi ini ialah dari RM14.90 ke RM149.00.
H&M x Coachella boleh didapati di hm.com, di Amerika Utara bermula pada 19 Mac dan di seluruh dunia pada 26 Mac.