Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

7 Rahsia Kecantikan Wanita India dan Timur Tengah

by Ayu Nadirah
February 9, 2015
27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kecantikan para wanita dari negara-negara Asia Selatan seperti India dan Pakistan, serta Timur Tengah memang sudah terkenal sejak sekian lama. Rahsia kecantikan mereka berasal daripada ritual turun temurun yang diajar oleh para ibu untuk anak perempuan mereka.

Ritual kecantikan dengan resepi kuno telah dipercayai sebagai cara paling berkesan untuk memperindah kulit mereka.

Berikut merupakan 7 rahsia kecantikan wanita Asia Selatan dan Timur Tengah:

Jenis Tikus Ini Yang Buatkan Kulit Wanita Vietnam Cantik Sentiasa

November 11, 2020

Kesalahan Mengering Wajah Selepas Mencuci Mungkin Punca Kulit Bermasalah

November 1, 2020

1) Air Mawar

Para wanita dari Asia Selatan dan Timur Tengah percaya akan khasiat air mawar bagi wajah mereka. Air mawar ini berkhasiat untuk menyegar, melembut, mencerah dan membersihkan kulit. Para wanita dari negara Timur Tengah telah menggunakan cara ini selama berabad-abad lamanya.

2) Kunyit

Dalam tradisi India dan Pakistan, para wanita menggunakan mask kunyit sebagai rutin penjagaan wajah mereka. Sebelum seorang wanita India dan Pakistan berkahwin, mereka akan meletakkan ramuan mask kunyit ini pada wajah, agar wajah mereka bersinar cerah saat hari pernikahan.

3) Minyak Kelapa

Minyak kelapa digunakan untuk melembap dan menghitamkan rambut, serta membuatkannya bersinar. Wanita India dan Pakistan menggunakan satu senduk minyak kelapa, lalu menggosokkannya pada rambut, kemudian berjemur di bawah sinaran matahari selama satu jam, kemudian dibilas. Hasilnya, rambut akan tebal dan bersinar!

IKLAN

4) Mustard Oil / Minyak Biji Sesawi

Mustard Oil, baik untuk pertumbuhan rambut, dan membuatnya bersinar. Mustard Oil, kaya dengan selenium, iaitu antioksidan yang melindungi sel-sel rambut. Minyak ini juga mengandung protein untuk menguatkan rambut, agar tidak mudah rosak.

5) Jeruk Nipis

Pada pagi hari, wanita India menggunakan jeruk nipis yang dibelah, kemudian digosokkan pada wajah. Kandungan asam pada jeruk nipis dapat mencerahkan kulit, menghilangkan  kedutan dan sel-sel kulit mati.

6) Henna

Wanita India menggunakan henna untuk mewarnakan rambut mereka. Seterusnya, mereka akan menggunakan minyak kelapa sebagai mask rambut selepas mewarnakan rambut dengan henna. Henna dipercayai dapat memperkuat, menambah tekstur dan volume rambut, membuatnya bersinar, serta dapat menghilangkan kelemumur.

7) Bunga Limau

Wanita India dan Pakistan menggunakan bunga limau untuk mengharumkan rambut dan rumah mereka. Bunga limau ini dapat menjadi hiasan rambut dan pengharum sesebuah tempat.

Sumber: Vemale.com

Tags: kecantikanrahsia kecantikanrahsia kecantikan wanita India dan Timur Tengahwanita indiawanita Timur Tengah
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.