Rasai pengalaman Dinoscovery by Dinosaurs Live! di Discoveria, Avenue K. Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas, Dinoscovery by Dinosaurs Live! direka untuk menyediakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Berita baiknya, pameran ini akan berlanjutan sehingga bulan Jun 2015.
Sejak dibuka, Dinoscovery by Dinosaurs Live! mendapatkan sambutan cukup menggalakkan, pengunjung tempatan dan antarabangsa dari semua peringkat usia datang untuk merasai pengalaman turut serta dalam aktiviti interaktif di samping menawarkan pesta deria keseronokan tidak berkesudahan untuk seisi keluarga.
HARGA TIKET
- Tiket untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah berharga RM35 bagi rakyat Malaysia.
- RM50 untuk bukan rakyat Malaysia.
- Tiket untuk orang dewasa berharga RM25 bagi rakyat Malaysia.
- RM40 untuk bukan rakyat Malaysia.
- Dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 malam pada hari biasa.
- 10 pagi hingga 8 malam pada hujung minggu termasuk sekolah dan cuti umum.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran itu, sila layari www.discoveria.com.my atau hubungi +603-2181 7218. Pameran akan berterusan sehingga Jun 2015.
Tempat: Discoveria, Tingkat 4, Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur