Tahun Baru Cina ini PUMA memperkenalkan koleksi kasut dan pakaian – memaparkan kasut paling ikonik, TX-3 dan Cabana Racer, koleksi ini disediakan untuk golongan muda dan aktif!
Dilhamkan dengan tradisi Cina, CNY TX-3 boleh didapati dengan rona merah dan hijau manakala CNY Cabana Racer dengan rona biru dan marigold. Bahagian dalam kasut, insoles mengetengahkan corak gold “Chinoiserie”, yang menggambarkan dengan sempurna pengaruh seni Cina. Bahagian atas pula dihiasi jaringan kulit, memberikan sentuhan mewah dan canggih pada kasut.
Untuk mendapatkan koleksi, anda boleh ke semua kedai-kedai PUMA rasmi. CNY TX-3 boleh didapati pada harga RM 259 dan CNY Cabana Racer pada RM 229. Untuk kanak-kanak, rekaan kasut lebih kepada sentuhan bulu sintetik gebu dan kombinasi kulit pada bahagian luar, anda boleh dapatkan dengan harga RM 169.