Kita semua tentu menginginkan bibir yang lembut dan berkilau. Namun, tidak semua daripada kita bernasib baik. Bibir mudah kering, kasar, terdapat rekahan dan kehilangan warna semulajadi atas beberapa sebab. Ia boleh berlaku apabila bibir terdedah kepada suhu yang melampau sejuk ataupun panas. Ia juga boleh terjadi kesan daripada tabiat menjilat atau menggigit bibir.
Anda tidak perlu risau, kerana sebenarnya, terdapat beberapa cara mudah untuk penjagaan bibir agar anda dapat memastikan ia sentiasa tampak segar, lembut dan cantik semulajadi. Berikut adalah caranya:
1. Mengelap bibir dengan tuala basah setiap pagi
Sama seperti bahagian badan yang lain, bibir juga mempunyai sel dan kulit mati. Apabila anda mengelap bibir dengan tuala basah dan gosokkan sedikit, sel-sel kulit mati pada bibir dapat dibuang, hasilnya, anda akan dapat lihat bibir yang lembut. Selain itu, rutin ini juga mampu mengekalkan warna yang sihat pada bibir.
2. Pengelupasan pada bibir
Anda boleh menggunakan exfoliators buatan sendiri seperti madu dengan sedikit lemon, mentega atau timun untuk menjaga bibir anda agar sentiasa lembut. Anda boleh gosokkan bahan tersebut ke bibir anda selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air. Menggunakan berus gigi untuk meletakkan exfoliators akan membantu anda melakukannya dengan lebih cepat, lebih baik dan juga membawa peredaran darah yang lebih baik daripada darah ke bibir anda. Lebih banyak aliran darah ke bibir akan menjadikannya kelihatan sihat.
3. Memakai pelembap bibir
Pelembap bibir juga mampu melembab dan melembutkan bibir. Jika anda lebih suka memakai gincu, pastikan anda memilih gincu yang berkrim supaya bibir anda tidak kering sepanjang hari.
4. Amalkan diet yang sihat
Apa yang anda makan juga memainkan peranan bagaimana bibir anda kelihatan. Makan diet yang penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik untuk kesihatan anda. Semua itu mempunyai kandungan berkhasiat yang diperlukan untuk mengekalkan bibir yang cantik dan segar.