Selain daripada pakaian dan aksesori yang dipakai semasa majlis-majlis besar, rambut selebriti turut menjadi tumpuan dan tarikan ramai untuk diperkatakan. Kali ini, kami bawakan kepada anda 5 gaya rambut yang menjadi tumpuan ramai di Grammy Awards 2015 yang telah berlangsung baru-baru ini.
Jom kita tengok!
Penyanyi Katy Perry tampil manis dan menawan dengan potongan rambut bob bergelombang berwarna lavender. Stunning! Sangat sesuai dengan bentuk mukanya.
Gaya rambut Kim K ini sememangnya sesuai dengan beliau. Potongan rambut bob yang dibelah tepi dan terlihat sedikit messy membuatkan penampilannya lebih memukau. Serius cantik!
Penyanyi bersuara emas yang khabarnya pemalu ini mengenakan wig besar. Beliau dilihat hadir bersama Maggie Ziegler, penari dan model yang pernah muncul di video klip Sia berjudul “Chandelier” dan “Elastic Heart” yang turut membawa gaya rambut yang sama. Unik, dan pelik!
Tidak ramai wanita yang berani tampil seperti ini. Namun, Jessie J berjaya mencuri tumpuan ramai dengan potongan rambut pendek dan gaya kemas yang menampakkan bentuk wajahnya. Solekan yang dikenakan menaikkan lagi seri wajahnya yang manis dan melengkapkan imej elegan beliau.
Iggy tampil berani dengan gaya rambut hadapan yang kelihatan seolah-olah mahkota. Namun begitu, ramai yang mengatakan tatarias rambut ini tidak cantik sama sekali.
Sumber: Fimela.com