Baru-baru ini diadakan Mentholatum’s Chu Lip Carnival bersempena dengan pelancaran Chu Lip Lipbalm. Menariknya pada karnival ini ialah pelbagai aktiviti yang berwarna-warni diadakan seperti Ping Pong Ball Toss, Ring Toss, Bushel Basket Toss, Can Knockdown dan Penny Pitch. Setiap tetamu yang hadir dikehendaki memasuki setiap aktiviti tersebut bagi mendapatkan goodies bag menarik. Setiap gerai aktiviti dihiasi dengan Chu Lip Lipbalm dan hiasan reka bentuk warna-warni dan funky, menambahkan keseronokan dan keceriaan.
Terdahulu, empat pilihan warna Chu Lip Lipbalm seperti Pink, Red, Purple dan Green telah dilancarkan.
Pink – Paris, Perfect Memories : untuk merasakan cinta sejati dengan haruman manis adunan raspberi dan buah pic.
Red – NY, Brilliant My Way : terpukau dengan aroma buahan Epal, Halia dan Tea Rose yang hebat.
Purple – Arabian, Floral Shower : alami mantra sakti wangian elegan Mawar, Geranium dan Cengkih.
Green – Nordic, Fancy Nostalgia : jelajah ke dunia si pari-pari dikelilingi dengan haruman segar buah Oren, Limau dan Mangga.
Kesemua pelembap bibir Chu Lip telah dirumuskan dengan haruman istimewa serta dipertingkatkan dengan ramuan pelembap dari Minyak Zaitun, Minyak Kacang Makadamia dan Minyak Rose Hip untuk bibir yang lebih lembut, lembap, sihat dan bergaya.
Pelembap bibir Chu Lip akan berada di kesemua farmasi serta pasaraya utama pada harga RM25.90 setiap satu.