Jika pasangan lain terbang ke luar negara, pantai, sawah padi dan pelbagai lagi, pendekatan yang diambil pelakon ‘gila-gila’ Sharifah Sakinah ini sungguh luar biasa dan nampak smart sekali. Apa tidaknya, pelakon ini mengetengahkan konsep gambar pre-wedding yang agak sempoi dan berbeza.
Sebelum ini juga Sakinah pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan tanpa protokol. Ternyata konsep impiannya itu menjadi apabila Sakinah dan Aliff memilih untuk merakam pre-wedding mereka dengan hanya berlatar belakangkan sebuah ‘lorong’ sahaja.
Sesi fotografi pre-wedding ini merupakan hasil sentuhan @PINOGRAPHYOFFICIAL. Walaupun ringkas tetapi konsep sebegini sangat menarik sekali, Wanista sukakan outfit yang dipilih Sakinah, vans bersama crop top sweater dan pants rona grey. Simple but smart!
Sumber : mynewshub & Instagram Sharifah Sakinah