Seramai 8,000 pelari memecut bagi mencatat keputusan peribadi terbaik di larian 21K We Run Kuala Lumpur Nike. Buat pertama kalinya, larian ini mengetengahkan jarak 21K, sekaligus menjadikannya antara tiga buah bandar yang menjadi hos buat jarak separuh maraton dalam Siri Larian We Run Nike global, yang bertujuan memberi inspirasi kepada para olahragawan agar mengatasi batasan sambil menyerlahkan potensi sebenar mereka.
Larian ini melalui tempat-tempat paling bersejarah Malaysia termasuk Stadium Merdeka, dan direka bagi membolehkan para pelari memecut dengan lebih pantas sambil meningkatkan jarak larian mereka. Di peringkat 13K, iaitu hampir separuh daripada jarak larian, para pelari boleh meningkatkan kelajuan mereka di laluan lebuh raya sejauh lapan kilometer yang bebas daripada sebarang halangan.
Bagi membantu para pelari membuat persediaan untuk “zon laju” dan hari larian, Nike telah merakamkan perjalanan latihan selama 21 minggu, yang turut merangkumi panduan untuk kasut serta pakaian yang ideal untuk larian, serta pelan latihan khas berorientasikan larian berdasarkan tempo yang disediakan menggunakan Nike+ Coach di dalam aplikasi Nike+ Running.
Peserta berdaftar We Run Kuala Lumpur 21K turut menikmati sesi latihan bersama Lautrédoux, dan Shaharudin Hashim, pelari maraton paling pantas di Malaysia, dalam tempoh lima bulan sebelum larian tersebut berlangsung. Persediaan ini turut melibatkan latihan larian yang dipertingkatkan di Sirkit Antarabangsa Sepang, yang mana para pelari menerima tunjuk ajar khusus untuk meningkatkan kelajuan larian mereka.