WEIL Hotel terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, sebuah hab transit di mana para pelancong tempatan dan antarabangsa, pengunjung atas urusan kerja serta keluarga yang dalam perjalanan ke utara, timur ke barat dan ke selatan serta pengembara antara bandar berkumpul. Hotel ini yang baru sahaja beroperasi pada penghujung tahun lepas, kini mula menjadi sebutan ramai dek kerana lokasinya yang strategik dan idea reka bentuk yang ringkas bercirikan moden bagi memberikan kepuasan maksima kepada pengunjung.
Selain itu, hotel mewah ini turut mempunyai akses pengangkutan yang mudah. Dihubungkan dengan keretapi ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia, hotel ini berhubung dengan rangkaian pengangkutan yang sangat baik untuk menarik para pengunjung dari Malaysia sehingga Asia. Lapangan terbang Sultan Azlan Shah kini menawarkan penerbangan dari Subang, Johor Bahru, Singapura dan Indonesia (Medan).
Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk menginap di WEIL Hotel selama 3 hari 2 malam dan turut berpeluang menyaksikan dan merasai keunikan bandar Ipoh yang cukup kaya dengan budaya dan warisan sejarah tersendiri. Ingin tahu review penulis mengenai hotel mewah ini? Jom baca:
Tarikan & Keistimewaan WEIL Hotel
1. Konsep moden kontemporari yang diketengahkan mencuri perhatian pengunjung sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini. Penulis sendiri sukakan konsep hotel ini yang urban, namun masih menetapkan konsep ringkas dan santai.
2. Apa yang menambat hati penulis adalah konsep biliknya yang ringkas, kemas dan semestinya selesa. Ditambah dengan kelengkapan bilik air yang berunsur moden dan bersih, penulis seolah-olah tidak ingin keluar daripada bilik, kerana berasa cukup selesa dan tenang dengan suasana bilik tersebut. Untuk pengetahuan semua, hotel ini mempunyai 313 unit bilik dan suite yang dilengkapi dengan peralatan tempat tidur, perabot dan kelengkapan bilik yang direka bentuk khas demi menjamin keselesaan dan keselesaan para pengunjung.
Berita baik — mereka kini menawarkan promosi pengenalan dengan kadar yang dikenakan untuk satu malam adalah RM260++, termasuk sarapan, bar mini dan akses sambungan internet WIFI.
2. Hotel ini turut dilengkapi dengan Kolam Renang Infiniti di atas bumbung yang menawarkan pemandangan indah lanskap Ipoh dan bukit-bukit batu kapur yang ikonik, gimnasium dan spa. Seronok — itu yang boleh penulis katakan setelah menghabiskan sedikit masa berehat di tepi kolam renang yang cukup tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa untuk menenangkan fikiran.
3. Pilihan restoran yang terdapat di sini pula termasuk Restoran Sepanjang Hari – TIFFIN yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, Restoran Cina – Yuk Sou Hin yang menampilkan masakan Kantonis, Tea Lounge dengan pelbagai pilihan teh, makanan ringan dan English Tea-Time serta bar gastro – The Deck di aras bumbung yang membolehkan para pengujung menjamu selera dengan pemandangan yang menakjubkan.
Berikut merupakan antara hidangan yang sempat penulis cuba sepanjang penginapan penulis di hotel ini. Sejujurnya, kesemua hidangan adalah berkualiti dan enak, hasil tangan chef-chef berpengalaman di sini.
TIFFIN:
*Pakej Tahun Baru Cina — Buffet lunch/dinner untuk RM68++ per pax. Pakej ini merangkumi Yee Sang. Selain itu, Ginger Braised Duck, Ginseng Black Chicken Soup dan Cantonese Style Steamed Red Snapper merupakan antara hidangan signature yang termasuk dalam buffet ini. Caj yang dikenakan kepada kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah adalah percuma, manakala untuk kanak-kanak 6-12 tahun, mereka layak untuk mendapatkan diskaun 50%.
Restoran Yuk Sou Hin:
*Pakej tahun baru cina — Rasai hidangan Kantonis dan Yee Sang istimewa di sini. Anda juga berpeluang untuk merasai hidangan istimewa Hong Kong Master Chef, Chef Chung seperti Smoked Duck with Lychee Wood, Double Boiled Chicken Soup with Ginseng dan Abalone dan Steamed Garoupa Fish with Superior Soy Sauce. Promosi ini berlangsung sekarang sehingga 5 Mac 2015.
Tea Lounge:
The Deck:
The Academy:
4. Terdapat 2 tingkat ruang upacara yang iaitu WEIL Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 900 tetamu, ruang foyer dan ruang teres dan 3 bilik mesyuarat di Tingkat 6 dan bilik persidangan (Conference Centre) di Tingkat 2 yang dapat memuatkan sehingga 600 tetamu dengan 2 bilik mesyuarat yang besar.
5. Pengunjung juga dapat menikmati keistimewaan WEIL Hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade. Di sini, anda boleh membeli-belah, menonton wayang dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama yang tersayang, selain daripada menginap di bilik hotel yang cukup selesa.
6. Paling penting, WEIL Hotel menawarkan percutian berkonsepkan moden kontemporari dengan lokasi strategik yang menghubungkannya dengan pelbagai lokasi terkenal dan menarik seperti pelbagai bangunan zaman penjajahan, kuil gua batu kapur, taman rekreasi, kedai makan klasik, bangunan lama dengan ‘street art’ yang menarik dan pelbagai lagi dengan akses yang mudah ke pelbagai tempat pelancongan di bandar-bandar berhampiran.
Sebagai contoh, penulis telah berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat di sekitar Ipoh seperti di bawah:
Jika anda berminat untuk merasai pengalaman menarik seperti penulis, anda boleh menghubungi WEIL Hotel di talian +605-208 2228 untuk membuat tempahan, atau layari www.weilhotel.com.
Weil Hotel, Ipoh
292, Jalan Sultan Idris Shah,
3000 Ipoh, Perak, Malaysia.