Peragawati terkenal dari Brazil Ana Beatriz Barros membintangi kempen Musim Bunga/Panas 2015 Sacoor Brothers bersama legenda bola sepak, Cristiano Ronaldo.
Barros memulakan kerjayanya apabila mengambil bahagian di dalam pertandingan peragaan di mana beliau bersaing dengan 350,000 peserta dari serata dunia sebelum berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengejar impiannya. Sejak itu, beliau telah menghiasi muka hadapan pelbagai majalah dan pentas peragaan di seluruh dunia.
“Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Ana Beatriz Barros, salah satu nama yang paling banyak diperkatakan di dalam industri ini. Beliau mempamerkan karisma dan semangat keanggunan yang merupakan asas koleksi terbaru ini,” kata Hugo Carriço, pengurus pemasaran Sacoor Brothers.
Untuk musim ini, cetakan dengan motif bunga-bungaan moden, fabrik dengan gaya vintaj dan corak etnik menghiasi koleksi wanita Sacoor Brothers. Item lebih glamor yang mencipta semula gaya chic kasual turut dimasukkan ke dalam rangkaian penuh bergaya ini yang boleh didapati di butik pada pertengahan Februari.
SACOOR BROTHERS KUALA LUMPUR
PAVILION
Lot No. : 2.01.11,
Level 2,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel: +60 32141 0605
KLCC
113 AB-115,
Level 1,
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Tel: +60 32161 0362
BANGSAR VILLAGE II
Upper Ground Floor unit 6 Jalan Telawi Satu
Bangsar Baru 1
59100 Kuala Lumpur
Tel: +60 32202 0661