Sekali lagi fesyen Kim Kardashian dikritik ketika hadir ke pertunjukan fesyen Kanye West Adidas Yeezy. Ramai melihat Kim seperti tidak selesa mengenakan fesyen rekaan suaminya, namun demi memberi sokongan, dia dilihat terpaksa memakai pakaian tersebut.
Kim Kardashian dilihat hadir dengan mengenakan legging ketat bewarna coklat dengan bra berwarna hijau, saling tidak tumpah seperti pantyhorse yang dipakai ke luar. Nampak pelik dan tidak high class. Bintang realiti TV berusia 34 tahun ini seperti malu dengan penampilan luar biasanya dan dilihat tidak menanggalkan jaket semasa acara berlangsung. Rekaan tersebut juga dipakai oleh salah seorang model untuk diperagakan.
Apa pendapat anda akan koleksi Kanye West Adidas Yeezy? Trashy 0r Classy?