Dechapat Thanadawong, namanya kini meniti di bibir-bibir para gadis di luar sana setelah Vuthithorn “Woody” Milintachinda menyebarkan fotonya.
Rupa paras beliau yang tampan memang mudah sekali menarik perhatian ramai. Apatah lagi, beliau pula adalah seorang pembawa motosikal sewa di Thailand. Namun, hakikatnya, Dechapat merupakan seorang model. Beliau melakukan kerja sambilan sebagai pembawa motor sewa sekiranya diri beliau tidak diperlukan untuk menjadi model pada ketika itu. Rupa-rupanya, ini merupakan kerja masa lapang beliau disamping ingin mencari rezeki tambahan.
Dechapat merupakan seorang lelaki yang suka bekerja daripada tidak membuat apa-apa, walaupun kerja yang dilakukan adalah kerja yang biasa-biasa sahaja.
“Jangan malu untuk bekerja. Jangan merasa terhina dengan hasil yang kecil,” tulis Dechapat dalam akaun Instagramnya (@artboysza).
Wah, semangat Dechapat yang luar biasa ini sememangnya perlu diikuti! Daripada berdiam diri, menunggu dan memilih pekerjaan, lebih baik kita mengisi waktu dengan melakukan pekerjaan yang sedia ada. Selain tidak membuang masa, kita juga akan memperolehi pengalaman luas dan sumber kewangan yang kukuh.
Ingin mengenali jejaka kacak Thailand ini dengan lebih lanjut? Follow Instagram beliau seperti di bawah:
Sumber: Vemale.com