Perubahan kulit adalah antara tanda-tanda yang paling ketara penuaan dan proses pengoksidaan kulit bermula pada usia 20-an. Ini adalah masanya mereka mengalami perkara-perkara baharu, membangunkan kerjaya dan menemui dirinya yang sebenar. Tetapi adakah anda tahu bahawa proses pengoksidaan kulit bermula pada usia 20-an?
Walaupun garis-garis halus, tompok penuaan dan kendur hanya menonjol pada kulit pada usia 30-an, kerosakan sebenar struktur sel kulit anda bermula seawal 20-an. Tiada perlunya anda menunggu sehingga kulit anda menunjukkan tanda-tanda penuaan untuk mula mengambil tindakan. Cara terbaik untuk melambatkan dan membalikkan tanda-tanda penuaan ini adalah dengan mempunyai rutin penjagaan kulit yang mantap.
Disokong oleh penyelidikan anti-pengoksidaan selama 25 tahun, Cellgenie merupakan rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan awal untuk mengelakkan masalah kulit seperti pengoksidaan dan kendur.
Apabila sel-sel kita terdedah kepada oksigen aktif, faktor ketegangan atau keanjalan dalam sel-sel fibroblast kita (Vinculin) akan menjadi lemah. Fibroblast ialah sel yang menghasilkan kolagen, elastin dan matriks untuk mengawal ketegangan dan keanjalan muka.
Vinculin atau faktor keteganganlah yang memainkan peranan yang paling penting dalam mengikat dan mengetatkan kolagen di dalam kulit kita. Oleh sebab kerosakan sel disebabkan oleh pengoksidaan, ia menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan baik, lalu menyebabkan kulit menggeleber.
Cellgenie adalah titik permulaan yang sempurna untuk pengguna baru COSME DECORTE yang inginkan pengalaman penjagaan kulit yang mewah serta manfaat unggul. Dengan Cellgenie, anda boleh memanjangkan tempoh kulit muda dan pada masa yang sama, menangani masalah penuaan kulit, walaupun sebelum timbul tanda-tanda penuaan pada kulit anda.
Cellgenie mempunyai bahan baru yang berkuasa dan berharga, dikenali sebagai Ekstrak Andrographis Paniculata, yang mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan. Bahan ini meningkatkan keupayaan pertahanan sel-sel fibroblast supaya ia menjadi kurang terdedah kepada kerosakan. Pada masa yang sama, ia juga bertindak untuk mengaktifkan suis anti-oksidan kulit, maka mencegah kemerosotan Vinculin atau faktor tegangan dalam sel-sel kulit kita. Vinculin adalah bahan yang membuat sel-sel kita berada dalam keadaan baik dan mengekalkan ketegangan kulit dan keanjalannya. Dengan itu, Vinculin terus mengekalkan ketegangan untuk mengatasi tanda-tanda penuaan awal, membolehkan kulit untuk kelihatan lebih muda, anjal dan lembut untuk tempoh yang lebih lama.
COSME DECORTE Cellgenie meliputi rangkaian produk yang lengkap untuk penjagaan kulit yang teliti: Krim Pembersih, Pembersih Muka, Emulsi, Losyen, Krim VT, Krim LF dan Lipid Oil Mask. Jika digunakan bersama-sama, produk penjagaan kulit ini berfungsi bersama secara sempurna untuk meningkatkan kuasa pencegahan penuaan kulit, melawan penuaan kulit awal, memulihkan daya tahan, ketegangan dan keserian, mengurangkan liang terbuka, serta mencegah garis-garis halus dan kedutan.
Dengan formulasi khas untuk wanita berusia 20-an, tekstur produk Cellgenie ini ringan tetapi sangat berkesan, cepat menyerap jauh ke dalam kulit tanpa meninggalkan apa-apa kesan lekit atau berat. Cellgenie oleh COSME DECORTE boleh didapati secara eksklusif di Isetan KLCC dan Isetan The Gardens.