Anda mesti pernah dengar dan ketahui kebaikan minyak argan. Minyak argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh khasiat semulajadi untuk kosmetik dan kesihatan tubuh badan manusia secara dalaman dan luaran. Pokok Argan tergolong dalam spesies randa dapat hidup dalam cuaca dan keadaan muka bumi yang kering-kontang di bahagian barat daya Maghribi menjadikan ianya sangat istimewa dan unik serta amat sukar untuk di biakkan atau di tanam di mana-mana bahagian Maghribi ataupun negara lain.
Kelebihan Minyak Argan
Minyak Argan Baik Untuk Diet Harian
Ia disajikan untuk sarapan pagi bersama-sama dengan roti bakar, dicelup ke dalam Minyak Argan serta madu. Hidangan tradisional Maghribi, Amlou Sweet, dianggap sebagai makanan istimewa sebenar. Ia terdiri daripada Minyak Argan yang dicampur madu dan badam, memberikan tenaga serta kekuatan, juga dikenali sebagai aprodisiak. Dalam masakan di rumah serta di restoran, Minyak Argan ditambah pada makanan yang dikukus, digoreng atau dipanggang. Dengan cara ini, ia akan meningkatkan rasa serta menyediakan beberapa vitamin tambahan yang diperlukan oleh badan.
Minyak Argan Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran
Minyak Argan yang ajaib dan kaya dengan khasiat ini digunakan untuk kegunaan harian. Untuk rawatan dalaman serta luaran. Ia juga digunakan pada kulit bayi untuk melindungi daripada unsur-unsur bahaya dan ‘chafing’. Rawatan minyak badan merupakan rawatan perubatan yang dapat memberi tenaga kepada tubuh badan dan meningkatkan kesihatan seseorang.
Minyak Argan Dan Anti Oksidan
Kandungan Vitamin E yang tinggi, 2 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. Vitamin E adalah penting untuk membangunkan dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otot. Minyak Argan mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.
- Meneutralkan radikal bebas
- Melindungi tisu-tisu pengantara
- Merangsang oksigen dalam badan
- Meningkatkan keupayaan otak
- Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan
- Membantu mengawal tahak darah kolesterol
Minyak Argan Untuk Kulit Berjerawat
Adakah Minyak Argan boleh menyembuhkan jerawat? Sudah tentu. Ianya merupakan rawatan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit. Kelebihan Minyak Argan adalah sangat banyak dan salah satunya ialah memulihkan masalah kulit seperti jerawat. Untuk mengelakkan kemunculan jerawat, produk-produk biasa yang terdapat di pasaraya mungkin tidak berkesan, namun sesiapapun tidak akan kecewa apabila menggunakan Minyak Argan. Menghilangkan jerawat adalah mudah dengan Minyak Argan yang mampu dimiliki semua.
Bagaimana Minyak Argan Baik Untuk Kulit Berjerawat?
Seperti yang telah diterangkan, rembesan sebum yang terlalu banyak adalah penyebab masalah ini. Jadi bagaimana Minyak Argan mengatasi masalah tersebut? Penggunaan Minyak Argan menghentikan penghasilan sebum yang terlalu banyak, seterusnya mengurangkan kemunculan jerawat. Dengan kata lain, Minyak Argan mengawalatur penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat. Penggunaan harian Minyak Argan menggalakkan penghasilan sebum yang terkawal, dengan ini membantu kulit wajah menghilangkan jerawat.
Produk yang mengandungi 100% Minyak Argan telah terbukti sangat bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah jerawat. Jika Minyak Argan digunakan setiap hari untuk merawat jerawat, dalam masa 2 minggu sahaja kesan positif ke atas kulit wajah boleh dirasai sendiri. Pastinya jerawat akan hilang dan seri wajah akan dikembalikan.
Minyak Argan Untuk Hilangkan Masalah Parut
Bagi sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila minyak Argan digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan Vitamin E dan asid lemak utama omega 3 minyak Argan yang tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit semakin lembut dan bebas parut.
Secara keseluruhannya, kulit wajah yang menawan meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan personaliti menarik. Ini semua akan dapat dinikmati dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang efektif seperti minyak Argan. Jerawat dan masalah kulit yang lain tidak akan mengganggu anda sama sekali jika anda menggunakan minyak Argan dalam rutin kecantikan setiap hari.
Komposisi Minyak Argan adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan Minyak Argan telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak zaitun. Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an.
Minyak Argan berfungsi melindungi kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa yang sama meneutralkan radikal bebas, mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses pemulihan parut. Ianya merupakan produk yang terbaik untuk melembutkan kulit yang kering, termasuklah menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis pilatoris.
Paling unik, Minyak Argan bukan sahaja boleh digunakan pada kulit, malahan ianya adalah produk penjagaan menyeluruh tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. Ianya juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan struktur kuku yang rapuh serta membantu melembutkan kutikel.
Cara Penggunaan
Untuk kegunaan kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Minyak Argan dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur. Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.
Untuk penjagaan kulit kepala dan rambut: Sapukan Minyak Argan pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan syampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.
Untuk pemeliharaan kuku: Rendamkan jari dalam campuran Minyak Argan bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.
Minyak Argan juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis. Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu minyak argan ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).
Bukan itu sahaja, keberkesanan minyak argan terbukti apabila pelakon seperti Eva Mendes dan Marian Cotillard menjadikan minyak argan sebagai rutin kecantikan malah rahsia kulit wajah berseri.
Sumber : ww.bioasli.com