Corak striped boleh menjadi fesyen harian yang boleh diketengahkan si pemakai. Malah, corak abadi ini sangat menarik dan boleh menjadi elegan apabila digayakan. Dengan campuran aksesori yang tepat, anda boleh menggayakan corak ini di mana sahaja walaupun majlis rasmi.
Berikut adalah 4 tips fesyen yang sesuai untuk corak jenis striped.
1. Anda boleh mencuba dress corak striped yang mengikut potongan badan bersama stokin – minimalis yang cukup klasik. Tampil kontra dengan pilihan tumit tinggi dan clutch.
2. Mungkin anda boleh mencuba dress dengan percikan berkilau, ambil contoh seperti dress yang dipakai Olivia Munn, tidak terlalu sarat dan masih kekal elegan.
3. Jika anda impikan gaun yang lebih volume, anda boleh cuba seperti di bawah. Tetapi perlu diingatkan jika anda mempunyai ketinggian dan potongan badan menawan, mungkin dress sebegini sesuai untuk anda. Untuk mengimbangi gaya, bahagian atas kekal simple dan plain.
4. Sesuatu yang kreatif jika anda memilih jalur simetri, corak jalur tidak konvensional menawarkan sedikit fesyen avant-garde untuk si fesyenista yang ingin tampil berbeza dan berani mengambil risiko.