Petang-petang potong buah jambu, nenas, epal hijau, letak kangkung yang dicelur, sengkuang, pelam muda dan cecah dengan kuah rojak petis, serius sedap. Memang terliur sangat. Disebabkan itu, penulis nak kongsi resepi kuah rojak petis anda boleh buat sendiri di rumah. Mudah sahaja okay!
Bahan-bahan :
- 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
- 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
- gula pasir secukupnya jika perlu
- 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
- 1/2 botol kecil sos cili
- 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili bo
- bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
- 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara membuatnya :
- Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin.
- Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
- Tutupkan api. Biar ia sejuk.
- Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba.
Sumber dari kongsiresepi.com