Sekarang sedang berlangsung Academy Awards 2015 dan seperti biasa pentas karpet merah merupakan saat yang dinanti-nanti oleh pemerhati dan pengkritik fesyen dunia, di sinilah dapat dilihat himpunan pelbagai rekaan gaun yang dikenakan para pelakon. Salah satu pelakon yang selalu ditunggu adalah bintang ’12 Years a Slave itu’, Lupita Nyong’o. Ternyata Lupita kembali tampil tidak mengecewakan.
Kali ini, Lupita kelihatan begitu bersinar dengan gaun putih yang dipenuhi dengan mutiara. Gaun dari Calvin Klein dengan potongan halter neck tersebut mempamerkan kulitnya di bahagian lengan, dada dan juga punggung. Tak hanya tampak bersinar, wanita yang pernah memenangi Oscars tahun lalu itu kelihatan seksi dengan gaun berpotongan lurus yang membentuk potongan tubuh badannya.