Singapore start-up yang baharu, ShopBack menawarkan pendekatan baharu untuk membeli-belah dalam talian, yang menyediakan pengguna dengan cashback (pulangan wang) apabila mereka membeli-belah di lebih daripada 300 kedai-kedai dalam talian. Walaupun ini adalah satu perkhidmatan yang agak baharu di Asia, namun ia merupakan satu konsep yang dikenali di negara Barat.
Dengan ShopBack Malaysia, pembeli dalam talian menerima sebahagian daripada jumlah yang dibelanjakan, apabila ia dibuat melalui laman web ShopBack (https://www.shopback.my).
Mengapa Menggunakan ShopBack?
- Satu klik yang hebat. ShopBack direka dengan mengutamakan pengguna — dengan interface yang ringkas, laman web ini adalah mudah untuk digunakan oleh semua. Apa yang diperlukan adalah tiga langkah mudah — klik, beli dan dapatkan cashback.
- Jenama tempatan yang anda tahu dan suka. Dengan ShopBack, pengguna boleh mendapatkan lebih penjimatan membeli daripada jenama terkenal seperti ZALORA, Lazada, dan Expedia yang sudah mantap di Malaysia.
- Melangkah global. ShopBack turut bekerjasama dengan kedai-kedai web global seperti ASOS dan Groupon.
- Simpanan untuk setiap kesempatan. Antara fesyen dan kecantikan, makanan, rumah dan kehidupan, elektronik kepada travel, senarai pelbagai kategori barangan di ShopBack ini membantu pengguna untuk berjimat sehinga beratus-ratus setiap tahun.
- Pengeluaran tunai yang mudah. Dengan pilihan memindahkan cashback untuk pilihan akaun bank tempatan pengguna ataupun akaun PayPal, pengeluaran tunai sangat mudah dengan Shopback.
Bagaimana ShopBack Berfungsi?
ShopBack menawarkan perkhidmatan cashback, di mana pengguna layak mendapatkan sebahagian daripada wang mereka kembali apabila mereka membeli-belah secara dalam talian melalui laman web ini.
1. Semak pelbagai pilihan kedai-kedai dalam talian di ShopBack
Selepas pengguna mewujudkan satu akaun ShopBack, pengguna akan dapat melayari pelbagai pilihan penjual barangan untuk membuat pembelian dengan sewajarnya. Pilih daripada pelbagai kategori ShopBack — termasuk Fashion, Food & Drink, Home & Living, Electronics, Lifestyle, Travel dan banyak lagi.
2. Diarahkan kepada laman web rasmi penjual
Apabila pengguna telah memilih kedai dalam talian yang diinginkan, klik pada ‘Get Cashback’ yang akan diarahkan ke laman web rasmi kedai berkenaan.
Dari sana, membeli-belah akan dijalankan seperti biasa, dan bayaran akan dibayar terus kepada penjual.
3. Dapatkan cashback
Setelah pembayaran dibuat, cashback pengguna akan secara automatik ditambah ke akaun ShopBack mereka dalam masa beberapa hari. Cash (tunai) berkenaan, seterusnya, boleh ‘ditunaikan’ — dipindahkan ke akaun PayPal atau akaun bank tempatan pengguna. Ciri ini adalah unik untuk ShopBack kerana banyak syarikat cashback hanya membolehkan transaksi dibuat kepada PayPal, jadi ShopBack menyediakan kemudahan yang lebih besar untuk transaksi tunai yang cukup memudahkan pengguna.
Jadi, jom membeli-belah di https://www.shopback.my!