Beberapa chef pastri yang terhebat di negara ini bakal berkumpul di Taylor University Lakeside Campus pada 16 Mac hingga 20 Mac ini untuk mengetahui siapa pembuat roti dan kek terbaik di “Fonterra Pastry Challenge”. Cabaran ini terbuka kepada semua chef pastri dan pembuat roti.
Setiap tahun, cabaran ini membuka landasan dan peluang kepada tukang masak muda yang ingin bangkit dan diiktiraf untuk hasil karya pastri mereka. Pemenang akan membawa pulang hadiah wang sejumlah RM18,000!
Daripada beratus-ratus pemohon, hanya 24 akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam cabaran berkenaan. Daripada 24 yang dipilih, 8 akan bersaing dalam kategori membuat roti pada 18 Mac, dan 16 akan bertanding dalam kategori membuat kek pada 19 Mac dan 20 Mac. Cabaran membuat roti adalah twist baharu, disebabkan populariti roti artisanal pada masa kini.
Barisan juri untuk cabaran itu termasuk chef paling terkenal Malaysia, Chef Kenny Kong, Chef Jess dan Chef Karam. Peserta dinilai pada penguasaan kemahiran, kepaduan kepada tema, dan gustatory dan kualiti estetik konfeksyen mereka.
Produk tenusu Anchor Fonterra akan digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam cabaran itu bagi memastikan standard kualiti tertinggi untuk resipi mereka. Anchor kini adalah produk utama dalam pasaran foodservices dengan krim susu, keju, mentega dan susu kualiti terbaik.
Produk tenusu Anchor juga telah menjadi pilihan pembuat roti, katerer, dapur komersial, hotel, restoran, chef, dan kafe di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fonterra Foodservices, sila layari www.fonterrafoodservices.com.my.