Kendall Jenner, Gigi Hadid dan juga Hailey Baldwin merupakan 3 nama yang cukup gah dalam industri permodelan. Mereka bertiga ini sama-sama memulakan kerjaya modeling di usia yang sangat muda (mereka masih berusia di bawah 20 tahun). 3 BFF ini juga menjadi kesayangan untuk kebanyakkan pereka fesyen dan media fesyen di seluruh dunia.
Gigi Hadid baru berusia 19 tahun ini merupakan model fesyen dan personaliti TV Amerika. Diusia muda, Gigi telah dinamakan sebagai salah seorang daripada 12 rookies untuk Sports illustrated 2014 malah pernah membuat penampilan dalam The Real Housewives of Beverly Hills.
Gigi juga telah muncul dalam majalah seperti VMAN, Elle, Grazia, Cleo, Vogue, Sports Illustrated, Paper Magazine dan Schön! Magazine. Pada tahun 2012, beliau dipilih sebagai wajah baru Guess. Bukan itu sahaja, berkat rambutnya yang blonde dan tubuh badan yang agak curvy, Gigi memulakan kerjaya menjadi model majalah Sports Illustrated: Swimsuit Edition. Bahkan Gigi juga berpeluang memperagakan fesyen dari label mewah di New York Fashion Week seperti Tommy Hilfiger, Michael Kors, dan Jeremy Scott.