Zaskia Sungkar, yang merupakan isteri kepada pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah bukanlah pendatang baru dalam dunia hiburan, televisyen ataupun filem di Indonesia. Selepas tampil dengan imej berhijab, Zaskia mula menyedari minatnya dalam bidang fesyen dan beliau telah membuat keputusan untuk mewujudkan satu jenama fesyen.
Setelah membawa beberapa idea-idea yang unik, beliau mewujudkan label fesyen dikenali dengan nama “HF by Zaskia Sungkar”. HF bermaksud “Hijabi Fashionistas” yang mentafsirkan garis pemakaian untuk wanita Muslim, walaupun semua orang juga boleh menggayakannya. Reka bentuk setiap ciptaan fesyennya mempunyai tema “bergaya dan elegan”. Kini, butik “HF by Zaskia Sungkar” telah pun dibuka di beberapa bandar di Indonesia dan di juga negara-negara jiran.
“Saya ingin semua wanita bertudung kelihatan penuh bergaya” – Zaskia Sungkar
Koleksi HF by Zaskia Sungkar 2013 (koleksi pertama)
Koleksi Royal Vintage A/W 2014
Koleksi Star & Crescent | S/S 15
Koleksi Terbaharu
Untuk melihat dengan lebih lanjut koleksi-koleksi menarik oleh Zaskia Sungkar, anda boleh layari http://zaskiasungkarhijab.com/.