Sekiranya anda mempunyai gaya serta impian untuk manjadi seorang model, Veet menawarkan peluang keemasan ini kepada gadis-gadis Malaysia untuk bergaya dan menyerlahkan diri mereka dalam Veet Mega Model Search buat pertama kalinya diadakan! Setiap gadis memerlukan platform yang dapat membuka peluang kepada glamor dan untuk memahat nama, yang mana Veet Mega Model Search 2015 direka khas untuk membantu mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai seorang model.
Artis dan pelakon popular, Izara Aishah adalah contoh terbaik – dia dipilih sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, dan memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Sejak itu, dia telah membintangi banyak rancangan TV, antaranya adalah Keranamu Laila, Vanila Coklat dan Oh My English! Dia juga kini merupakan duta Veet. Ini menunjukkan bahawa untuk menjadi terkenal, mereka perlulah diberikan platform yang sesuai untuk bersinar dalam arena populariti.
Syarat Veet Mega Model Search 2015
1. Pencarian model ini terbuka kepada gadis-gadis Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun yang mengimpi menjadi ‘wajah’ baharu dalam industri modelling.
2. Beli mana-mana produk Veet (simpan resit sebagai bukti pembelian), hantarkan gambar terkini anda (1 gambar muka dan 1 gambar penuh) ke www.veetmodelsearch.my dan berpeluang untuk memenangi pengalaman seumur hidup.
3. Sepuluh orang finalis Veet Mega Model Search 2015 akan menghadiri kursus intensif modelling dan solekan serta mengambil bahagian dalam sesi pengambaran.
4. Pemenang nanti akan dinobatkan di Grand Finale yang akan dihadiri oleh tetamu dan rakan media.
Hadiah-hadiah yang bakal ditawarkan adalah seperti berikut:
Pemenang Hadiah Utama
- Wang tunai RM10,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM1,000 + Gelaran juara Veet Mega Model Search + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM8,500 + Penggambaran dua muka surat majalah bersama Izara Aishah dan Amber Chia
Pemenang Tempat Kedua
- Wang tunai RM5,000 + Produk Reckitt Benckiser RM800 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM5000
Pemenang Tempat Ketiga
- Wang tunai RM3,000 + Produk Reckitt Benckiser bernilai RM500 + Kursus modelling di Amber Chia Academy bernilai RM3,000
Bukan itu sahaja, sepuluh orang finalis juga akan berpeluang untuk dipilih oleh Amber Chia Academy untuk kemasukan terus ke sesi ujibakat Malaysia Supermodel Search 2015.
Ambillah langkah pertama ke arah mencapai impian anda untuk menjadi supermodel Malaysia yang berikutnya. Kuasakan diri dan serlahkan keyakinan anda dengan menyertai Veet Mega Model Search 2015.
Veet Mega Model Search 2015 berbuka untuk pemohonan sekarang! Berkerjasama dengan Guardian Malaysia, Veet juga akan mengadakan roadshow untuk pemohonan di universiti-universti yang tertentu. Layari www.veetmodelsearch.my untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Veet Mega Model Search 2015, roadshow dan tarikh tutup.