Rasanya bila diperhatikan pelakon Anne Hathaway makin cantik dan menawan, berbanding dengan kemunculan awal filem “Princess Diaries”, Anne sekarang tampil semakin skinny. Apa agaknya rahsia Anne?
1. Sukan
Sukan adalah salah satu faktor penting untuk menjaga kesihatan dan miliki bentuk badan mengancam. Tidak hairan jika Anne melakukan beberapa jenis sukan seperti angkat berat, martial arts dan yoga. Menurut Anne, menjaga bentuk tubuhnya untuk kekal slim dan skinny bukan satu-satunya alasan dia bersukan. “I also have to be strong,” ungkapnya dalam majalah Harper Bazaar. Selain bersukan, Anne juga mengamalkan rutin menari selama 1.5 jam setiap hari.
2. Makanan Pedas
Mungkin tidak pernah terfikir dengan memakan makanan pedas berpengaruh besar untuk mengawal rasa lapar. Tapi inilah yang dilakukan oleh Anne Hathaway, caranya dengan mencampurkan cili jalapenos atau hot pepper sauce ke dalam makanan. Bukan hanya boleh membuatkan menu jadi lebih enak tetapi juga Anne mengaku ianya boleh menahan dari lapar. Selain itu, selalu makan buah segar dan sayur-sayuran yang berkhasiat tinggi. Tidak lupa dua sudu makan minyak zaitun wajib dicampurkan ke menunya yang mampu menstabilkan berat badannya.
3. Minum Air Mineral
Seperti yang kita tahu, banyak minum air putih memang baik untuk kesihatan tubuh. Disebabkan itu, Anne pastikan dirinya tidak pernah lupa untuk memenuhi keperluan mineral di dalam tubuhnya. Tidak hanya berguna untuk metabolism tubuhnya, kebiasaan ini juga memberi kesan baik pada kulit Anne. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan glowing seperti dirinya, rahsianya adalah dengan minum air mineral.
Sumber – fimela.com