Masalah sukar hamil, sukar mendapatkan zuriat dan kemandulan merupakan hal yang melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita. Namun, buat masa ini kami ingin fokuskan mengenai masalah kemandulan dalam kalangan wanita. Faktor usia boleh menjadi salah satu penyebab kemandulan, namun terdapat juga banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh membawa kepada kemandulan dan sukar untuk hamil.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa seseorang wanita itu sukar untuk hamil dan juga fakta yang semua perlu tahu mengenai kemandulan wanita.
1. Kerosakan Pada Tiub Fallopian Boleh Meyebabkan Kemandulan
Tiub fallopio adalah salur yang membawa telur dari ovari ke rahim. Apabila ia rosak, ia akan menjadi sukar untuk telur untuk bergerak dan disenyawakan. Seorang wanita juga sukar untuk hamil apabila tiub fallopian dijangkiti atau rosak. Jangkitan, endometriosis dan pembedahan boleh menyebabkan kerosakan padanya.
2. Tahap Hormon Dalam Badan Juga Boleh Menyebabkan Kemandulan
Ovulasi tidak teratur atau kekurangan atau berlebihan pengeluaran hormon dalam badan wanita juga merupakan punca kemandulan. Mujurlah terdapat banyak ujian untuk mengesan paras hormon yang optimum di dalam badan dan juga banyak prosedur dan ubat-ubatan untuk membetulkannya kembali.
3. Masalah Pangkal Rahim
Jika pernah berlaku pembedahan sebelum ini atau mukus yang berlebihan dalam serviks, sperma tidak boleh melalui terusan serviks menjadikannya sukar bagi wanita untuk hamil. Ini juga boleh diperbetulkan dengan prosedur yang dipanggil sebagai intrauterine insemination.
4. Masalah Dengan Rahim
Kehadiran polip dan fibroid di dalam rahim juga merupakan punca utama kemandulan dalam kalangan wanita. Namun, hal ini juga boleh dirawat.
5. Faktor-Faktor Lain
Antara faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko sukar mendapatkan zuriat adalah umur yang meningkat, merokok, penggunaan alkohol yang berlebihan, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, latihan olahraga, berat badan berlebihan atau kurang berat badan, penyakit jangkitan kelamin (STI), dan masalah kesihatan yang menyebabkan perubahan hormon, seperti polycystic ovarian syndrome dan primary ovarian insufficiency.
Hanya ada beberapa kes di mana punca kemandulan tidak dapat dikenal pasti. Walau bagaimanapun, tidak perlu risau, kerana masalah sukar hamil atau kemandulan ini masih boleh pasti dirawat. Semoga sedikit info yang kami kongsikan ini bermanfaat buat anda. Selebihnya, anda harus berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan yang betul.