Bahan-Bahan
7 keping cheddar cheese
4 biji telur
70gm butter
200ml susu segar
70gm gula halus
70gm tepung kek
Cara Penyediaan
- Koyakkan cheddar cheese menjadi kecil. Kemudian, campurkan 200ml susu segar.
- Masak dengan api yang perlahan, sentiasa kacau. Masukkan butter, kemudian tutupkan api.
- Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih bersama 70gm gula halus hingga kembang.
- Kemudian, pukul pula telur kuning hingga kembang dan masukkan dalam adunan cheddar cheese tadi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bahan no. (3) tadi dan kacau perlahan. Sekiranya ia berketul, tapiskan. Kemudian, masukkan adunan cheddar cheese tadi. Gaul dan sebatikan adunan.
- Lapik acuan dalam loyang dan tuang adunan ke dalam acuan.
- Letakkan loyang di dalam bekas yang berisi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 170°C selama 20 minit. Kemudian, rendahkan suhu kepada 140°C dan terus membakar sehingga 40 minit.
- Gunakan teknik membakar “bain marie” atau “steam bath” kerana cheddar cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
- Setelah 1 jam, keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
- Siap! Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba resepi Kek Keju Jepun yang lembut ini!
Sumber: Women Online Magazine