Bukan Syahrini namanya jika tak boleh berinovasi dan berkreatif dalam hal penampilan. Malah, Syahrini juga dikenali sebagai salah seorang trend setter di Indonesia jadi apa sahaja fesyen yang digayakan sentiasa unik dan luar biasa.
Kini, Syahrini dikatakan semakin berani bereksperimen dalam penampilan dalam video klip terbaru. Syahrini baru saja selesai menjalani penggambaran video klip yang berjudul Seperti Itu di beberapa lokasi di Indonesia. Apa yang menarik ialah video klip ini memaparkan Syahrini mengenakan pelbagai gaya yang luar biasa bahkan salah satunya Syahrini bergaya dengan pakaian yang harganya jutaan ringgit. Bila beberapa gambar dikongsikan di Instagram, ramai beranggapan Syahrini seperti meniru gaya fesyen Lady Gaga. Sebagai contoh, Syahrini memilih gaun merah darah yang cantik dengan jubah hitam serta kacamata unik.
Jom tengok fesyen Syahrini yang dikatakan persis Lady Gaga. Lady Gaga wannabe maybe?