Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015 – itu merupakan caption Hairul Azreen pada gambar Hanis Zalikha yang mengenakan hijab yang telah dimuatnaik oleh Hairul di Instagramnya semalam.
Boleh dikatakan satu Malaysia sudah maklum bahawa pasangan ini mempunyai hubungan istimewa selepas Hairul bertindak melamar Hanis secara terbuka sewaktu pentas akhir program hiburan Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di saluran Astro, 4 Januari lalu. Selepas lamaran diterima, Hairul dan Hanis dikhabarkan kini sedang membuat persiapan untuk ke fasa perhubungan yang seterusnya.
Yang terkejutnya, belum pun tarikh nikah diumumkan, Hairul tampil dengan pengumuman berita gembira ini.
Rata-rata peminat pasangan berkenaan sangat teruja dengan berita baik tersebut dan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Hanis atas penampilan barunya itu. – MYNEWSHUB
Dan, berita baik ini telah disahkan sendiri oleh tuan punya badan sebentar tadi:
Kami di Wanista turut gembira dan bersyukur dengan khabar tersebut, dan semoga Hanis kekal istiqamah dengan imej sedemikian.