Kejadian ngeri yang heboh diperkatakan di media-media sosial ini melibatkan seorang ahli silap mata amatur bersama pembantunya iaitu isterinya sendiri, dimana satu kesilapan tragis telah berlaku ketika persembahan pertunjukan silap matanya, yang telah mengakibatkan isteri beliau maut serta-merta di tangannya sendiri di atas pentas, di hadapan penonton.
Persembahan silap mata yang menunjukkan teknik potong-memotong badan adalah suatu hal yang biasa dan popular dalam kalangan pengamal pertunjukan silap mata. Bagaimanapun, siapa sangka ahli silap mata amatur terbabit boleh betul-betul terpotong kepala isteri beliau sendiri menggunakan mesin gergaji berantai.
Lebih menyedihkan lagi, pasangan berkenaan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama kira-kira tiga bulan sebelum kejadian.
Video kejadian itu yang telah dimuatnaik pada 4 Julai 2012 di laman Youtube semakin popular dan telah ditonton kira-kira 137,933 orang setakat pagi tadi.
Pautannya adalah seperti berikut:
Sumber: The Rakyat Post