Pernah atau tidak anda terfikir untuk menjadi ikan duyung? Hari ini, kami ingin anda selami kehidupan sebagai ‘ikan duyung profesional’ yang cukup hebat pada pandangan kami. Jom baca!
Dilahirkan pada 1991 di Xi’an, wilayah Shaanxi, Lu Shanshan menunjukkan minat mendalam dalam tarian sejak kecil lagi. Setelah beliau mendapat ijazah dari dancing department di kolej seni di wilayah Shaanxi, beliau membuat keputusan untuk bekerja sebagai ‘ikan duyung profesional’ di Marine Park di kejiranan wilayah Shaanxi.
Lu mempunyai 5 tahun pengalaman bekerja sebagai ‘ikan duyung’. Beliau mampu berenang dengan jarak beberapa meter ke dalam air, sambil membuat pusingan hebat ala-ala ikan, semua hanya dengan satu nafas yang dalam.
Lu berkata, ‘menahan nafas’ merupakan kemahiran paling asas yang diperlukan untuk menjadi seorang ‘ikan duyung profesional’, dan beliau kerap berlatih apabila mempunyai masa lapang. Beliau boleh menahan nafas di dalam air selama 1 minit atau lebih.
Kebiasaannya, Lu akan persembahkan 6 jenis gerakan akrobatik semasa 5 minit persembahan ‘ikan duyung’ kepada pengunjung, namun ia bukanlah hal yang mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental, selain teknik yang betul dan cekap. Pernah suatu ketika dahulu, Lu menghadapi situasi yang memalukan di mana costum beliau terlekat pada batu-batu dalam air, dan turut pernah digigit oleh penyu beberapa kali sebelum ini.
Beliau memulakan tugas pada pukul 10 pagi hingga 5 petang, namun ketika Spring Festival, Lu akan melakukan persembahan ‘ikan duyung’ sebanyak 21 kali dalam 1 hari! Bayangkan, betapa sukarnya kerja tersebut!
Setelah berjam-jam penat bekerja, beliau akan pulang ke rumah dan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Disebalik kesukaran dan kepenatan yang dilalui oleh Lu demi menjayakan tugasnya sebagai ‘ikan duyung’, beliau tetap terus bertahan atas sebab minat yang mendalam terhadap kerjayanya itu yang membolehkan beliau berinteraksi bersama hidupan laut seperti ikan dan penyu selain dapat meluangkan banyak masa di dalam air.
Hebat!
Sumber: shanghaiist.com