Pasangan selebriti popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan (Che Ta) kini telah selamat pulang daripada mengerjakan umrah. Apa yang membuatkan kami terkejut bercampur gembira adalah apabila Che Ta kini tampil dengan imej berhijab!
Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengurus Che Ta, Afeeq menerusi portal Astro Gempak. Katanya, Che Ta akan kekal dengan imej berhijab.
“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.”
“Saya tidak terkejut dengan keputusan dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq.
Para peminat mula memberikan ucapan tahniah buat Che Ta pada laman Instagram peribadi beliau. Ternyata, peminta-peminat Che Ta turut bersyukur dan gembira mendengar khabar baik tersebut. Kami doakan semoga beliau terus istiqamah dengan penampilan berhijab ini.
Sumber: MYNEWSHUB & Astro Gempak