Bahan-Bahan
20 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Air secukupnya
Kulit popia
Cara Penyediaan
- Bersihkan udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor.
- Perapkan udang tersebut dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.
- Bancuh tepung gandum dengan air sehingga mendapat bancuhan sederhana pekat. Ketepikan.
- Ambil beberapa keping kulit popia. Leraikan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Lipat dua dan gunting menjadi juraian yang halus memanjang.
- Celup udang di dalam bancuhan tepung gandum.
- Lilitkan udang dengan juraian kulit popia sehingga menutupi kesemua bahagian udang kecuali ekor.
- Goreng sehingga garing dan kekuningan.
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili dan mayonis.
*Selain udang, boleh juga menggunakan hirisan sotong atau hirisan isi ayam yang dipotong memanjang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah