Semuanya mudah untuk dipadankan sebaik sahaja anda mendapatkan basic items yang lain. Ini 9 item fesyen yang perlu dimiliki oleh wanita Malaysia.
1. Camisole – Dijadikan sebagai innerwear untuk baju jarang.
2. Baju Putih Berkolar – Siapa kata baju putih berkolar hanya sesuai ke pejabat. Anda boleh gayakan baju putih berkolar ini dengan skinny jeans, hot pants ataupun pakai bersama pencil skirt atau midi skirt seperti yang digayakan Emma Watson ini.
3. Jeans Biru – Sama ada potongan skinny fit atau straight cut, sepasang jeans yang mengikut bentuk badan anda dengan mudah menyelesaikan masalah anda ‘I-have-nothing-to-wear’. Padankan dengan t shirt, blouse, colar shirt – masalah anda selesai.
4. Little Black Dress – LBD merupakan item fesyen yang mesti & wajib dimiliki oleh setiap wanita. Simple dan praktikal, hanya dengan seutas barangan kemas atau ditambah dengan blazer – voilaaa anda sudah siap.
5. Cardigan – Jika anda mengenakan outfit yang seksi, cardigan mungkin penyelamatnya.
6. Tali Pinggang – Lihat di cermin merasakan ada sesuatu yang kurang, mungkin anda boleh cuba mengenakan tali pinggang. Oversized shirt atau dress nampak lebih sempurna dengan pengayaan tali pinggang.
7. Kaca Mata – Disebabkan cuaca di Malaysia panas dan lembap setiap tahun, jadi, sangat praktikal jika anda memakai kaca mata. Hanya pastikan anda memilih sepasang yang sepadan dengan bentuk muka anda.
8. Flats – Takkan seharian anda ingin memakai kasut tumit tinggi, caranya terbaik sekali sekala anda cuba mengenakan sepasang flip flops ataupun sandals, nak nampak lebih trendy dan stail, mungkin boleh cuba sepasang flats.