Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai #TheDress, sehelai dress yang telah mencetuskan fenomena dan tanda tanya mengenai warna sebenarnya di media sosial.
Klik [Viral] Pening! Apa Sebenarnya Warna Dress Ini?! untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Terkini, dress tersebut telah digunakan sebagai iklan bagi kempen anti-keganasan domestik (atau rumahtangga) oleh The Salvation Army di Afrika Selatan. Iklan berkenaan turut menyelitkan logo CareHaven, sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan anak mangsa penderaan di Afrika Selatan yang dikendalikan oleh Salvation Army.
Menerusi tweet yang dikeluarkan oleh Salvation Army, ramai pengguna Twitter terkesan dengan iklan itu jika mengenangkan bagaimana warna sehelai baju begitu menarik perhatian mereka berbanding warna lebam pada tubuh wanita yang menjadi mangsa penderaan.
Bijak juga idea mereka!
Sumber: ktla.com & MYNEWSHUB