Seiring dengan Hari Wanita Sedunia, Dove berada di segenap pelusuk jalan raya untuk memberi kejutan kepada 10,000 wanita Malaysia dengan pemberian bunga dan kata-kata tanda penghargaan. Kata-kata penghargaan tersebut disertai dengan pesanan bahawa wanita merupakan satu anugerah tanpa mengira peranan mereka sama ada sebagai ibu, anak perempuan, kakak atau rakan. Malah, menariknya lagi kempen ini menyaksikan kakitangan Unilever Malaysia memberikan bunga ros serta kad-kad bermesej kepada kaum wanita yang ternyata terkejut dengan pemberian itu.
Kakitangan Unilever Malaysia meluangkan masa pada waktu pagi dan tengah hari di beberapa lokasi seperti KL Sentral, universiti, kolej dan bangunan pejabat. Kempen #YouAreAGift bukan sahaja melibatkan 10,000 wanita tetapi juga diteruskan melalui platform digital dalam satu video Dove yang unik dengan harapan wanita-wanita ini kemudiannya akan turut berkongsi mesej kepada wanita yang penting dalam kehidupan mereka.
Jom tengok sekitar Kempen #YouAreAGift yang berlangsung di KL Sentral semalam.