HappyFresh, aplikasi mudah alih bagi penghantaran barangan runcit baharu (untuk Android dan iPhone-iPad), telah membuat pelancaran pertama mereka baru-baru ini dengan idea untuk merevolusikan cara membeli-belah pengguna barangan runcit di seluruh Asia Tenggara.
HappyFresh merupakan ‘pintu’ aplikasi kepada orang ramai dan bertujuan untuk membantu individu yang kesuntukan masa untuk membeli-belah barangan runcit di mana sahaja, membawa pelbagai jenis produk kegemaran ke rumah mereka dalam beberapa klik sahaja! Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membeli-belah daripada pasar raya di sekitar Kuala Lumpur dan di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang, dan mempunyai barang keperluan dihantar dalam masa satu jam.
Bukan sahaja HappyFresh menghantar barangan keperluan dalam masa satu jam, mereka turut memastikan barang-barang runcit yang diterima pelanggan berada dalam keadaan segar dan dijamin berkualiti tinggi.
Untuk kemudahan, aplikasi itu juga membolehkan pengguna untuk memilih slot penghantaran satu jam untuk hari yang akan datang — sekiranya seseorang itu lebih suka untuk memesan barangan runcit lebih awal dan dihantar ke rumah kemudian.
HappyFresh dibina oleh sekumpulan tujuh pengasas, masing-masing dengan latar belakang yang berjaya dalam teknologi dan perniagaan — CEO Markus Bihler, CTO Fajar Budiprasetyo, COO Benjamin Koellmann, CFO Dr. Konstantin Lange, CCO Kai Kux, Executive Chairman and Investor Tim Marbach, dan Advisor Stefan Jung.
Jadi, muat turun aplikasi ‘HappyFresh’ di Google Play Store atau Apple App Store sekarang, dan selamat membeli-belah!