Khabarnya Kanye West gabra selepas komputer riba miliknya hilang sewaktu melancong ke Paris. Kehilangan komputer riba mungkin tidak mendatangkan masalah buat pasangan ini, namun apa yang mengganggu fikiran mereka adalah beberapa video rakaman seks untuk simpanan peribadi berada dalam komputer riba tersebut.
Lebih panas bukan hanya video rakaman mereka berdua sebaliknya ada seorang lagi individu yang turut berada dalam video tersebut. Bukan itu sahaja, semua lagu yang belum dikeluarkan dan rekaan baju terbaru jenama milik Kanye turut berada dalam simpanan komputer ribanya.
Rapper kelahiran Atlanta itu telah membuat tawaran lumayan buat mereka yang berjaya mengembalikan komputer riba miliknya itu. Namun menurut laporan terbaru oleh MediaTakeOut mendedahkan pencuri tidak berminat untuk memulangkan semula komputer riba Kanye West sebaliknya bakal menjual video tersebut dalam masa terdekat.
Astro Gempak