Apa agaknya rahsia pelakon Jennifer Aniston kekal dengan bentuk badan seperti anak dara walaupun usianya sudah melewati 40-an? Jom semak rahsia selebriti ini yang kekal cantik jelita walaupun usia agak lanjut.
Jennifer Aniston, 46
Untuk mengekalkan bentuk badan seperti anak dara, saya amalkan 20 minit aktiviti aktif seperti angkat berat, jogging atau yoga setiap hari.
Elle Macpherson, 50
Saya menggunakan skrub badan setiap hari untuk memastikan sel kulit mati disingkirkan dan menjadikan kulit saya kelihatan mulus dan gebu.
Linda Evangelista, 49
Untuk elak mata kelihatan sembab terutama selepas bangun tidur, saya tekapkan kiub ais pada bawah mata. Hasilnya memang menakjubkan.
Natalia Vodianova, 33
Saya menggunakan super light skin peel pada malam hari sebelum penggambaran untuk kulit tampil lebih berseri dan polished.
Majalah Intrend