Beg tangan yang direka oleh pereka dari Taiwan bernama Rika Lin dan Chay Su ini cukup berbeza dan unik daripada beg yang biasa kita lihat. Jika kini banyak hasil fotografi yang menggabungkan benda nyata dengan ilustrasi, maka mereka berdua mewujudkan ilustrasi dalam benda nyata. Mereka dengan bangganya telah menghasilkan beg seakan-akan gambar 2 dimensi (2D).
Beg ini sesuai untuk dipakai sebagai beg harian. Tersedia dalam pelbagai warna dan model, rangkaian reka bentuk beg ini diberi nama ‘Jump From Paper’. Ia seolah-olah mampu menipu mata kerana beg ini tampak seperti sketsa gambar.
Sumber: vemale.com