Untuk orang bujang atau sibuk bekerja, menu biasa mereka tentu sekali mi segera. Terdapat pelbagai jenama di pasaran, jadi, tunjuk sahaja yang mana satu yang suka, mi segera paket ataupun mi segera cawan, sangat mudah dan cepat. Jika, rajin sedikit mungkin boleh letakkan telur, sayur, ayam atau daging dan apa-apa bahan yang disukai. Jika malas, letak air panas sudah memadai. Tapi, tak bosan ke kalau asyik makan macam tu? Nah, disebabkan itu, Wanista kongsi 5 idea resepi paling bernas ihsan daripada portal Says.com.
1. Burger berotikan mi segera
Resipi kali ini menggunakan mi segera sebagai pengganti roti ‘burger‘. Yang penting sekali adalah untuk mengekalkan betuk mi segera yang digoreng. Salah satu cara adalah anda boleh menggunakan tin kosong sebagai acuan mi tersebut. Mi segera perlu digoreng dengan minyak dan goreng sehingga rangup. Anda juga mungkin boleh mencuba pembentuk telur untuk langkah ini. Apabila mi telah siap digoreng, goreng daging dengan mencampur perencah mi segera untuk dijadikan ‘patty. Selepas siap digoreng, anda boleh menambah rasa dengan menabur daun bawang dan tuang sedikit kicap manis ke atas ‘burger‘.
2. Pizza mi segera
Cara memasaknya sama seperti buat pizza. Mula-mula masukkan beberapa sudu minyak zaitun ke dalam kuali. Masukkan mi yang sudah lembut ke dalam kuali dan ratakan. Pastikan mi itu rata dan rapat.
Selepas itu, taburkan keju ke atas mi tersebut. Selepas keju, baru tuangkan sos tomato ke atas mi. Jika anda tuangkan sos dahulu, sos akan menyerap ke dalam mi dan mi akan menjadi lembik. Jadi, amat penting untuk anda letakkan keju terlebih dahulu.
Kemudian, tambah lagi keju di atas sos dan anda boleh mula taburkan ‘pepperoni‘, cili ‘pepperoncini‘ dan keju ‘Parmesan‘. Masukkan kuali ke dalam ketuhar untuk dibakar. Panaskan ketuhar ke 230°C dan bakar selama lebih kurang 20 minit. Apabila sudah dibakar, keluarkan pizza dengan sudip besi yang nipis. Taburkan sedikit lagi keju ‘Parmesan‘ di atas dan potong seperti ‘pizza‘.
*bahan yang diletakkan di atas pizza, ikut selera anda.
3. Enchiladas mi segera
Tahu enchiladas, makanan berasal dari Mexico. Tak tahu? Meh belajar. Mulakan dengan resipi Salsa Verde iaitu campurkan ‘tomatillos‘, cili ‘serrano‘, and bawang besar dalam kuali dan dilitupi dengan air. Biarkan mendidih dan kemudian, perlahankan api. Apabila kesemua sayur mula lembut, kacau sedikit selama lebih kurang 10 minit.
Tapis sayuran yang dimasak dan masukkan ke dalam pengisar. Masukkan daun ketumbar, secubit garam dan jus limau. Kisar sehingga menjadi puri. Tuang ke dalam mangkuk dan tambah garam dan jus limau jika perlu. Cairkan puri dengan merenih bersama stok ayam dan rebuskan mi ke dalam stok puri tersebut.
4. Ayam bersalut mi segera
Seterusnya, anda boleh cuba ayam bersalut mi segera. Caranya dengan mencelup ayam ke dalam ‘buttermilk’ yang dicampur perencah mi segera. Kemudia, celup ayam ke dalam mi segera yang telah dihancurkan. Goreng sehingga rangup. Proses seperti anda goreng chicken chop.