Bukanlah satu rahsia bahawa rambut adalah mahkota seorang wanita. Perubahan mudah dalam penggayaan rambut, seperti menjadikannya kerinting, boleh memberikan perubahan yang besar terhadap tahap keyakinan dan penampilan wanita. Sungguhpun demikian, menggayakan rambut anda menjadi kerinting ada kalanya menjadi satu cabaran tersendiri, khususnya apabila ia melibatkan rambut di bahagian belakang kepala. Memahami kesukaran yang dialami oleh kebanyakan wanita, Philips telah menghasilkan penggulung rambut Easy Natural Curler.
Memperoleh rambut kerinting mirip semulajadi dengan mudah dan selamat
Berlandaskan warisan kecantikan selama 60 tahun, Philips Easy Natural Curler merupakan penyelesaian inovatif terbaharu Philips untuk membantu wanita mendapatkan rambut kerinting bergaya yang kelihatan semulajadi dengan mudah. Mempunyai bentuk unik seakan-akan bunga tulip, Easy Natural Curler membolehkan wanita menghasilkan rambut kerinting dengan mudah dan kelihatan semulajadi dalam hanya satu langkah. Penggulung rambut tersebut menggunakan plat sepit dan gulung inovatif yang menyepit dan memegang rambut secara automatik ketika dandanan, membolehkan wanita mengerintingkan rambut mereka dengan hanya menggunakan sebelah tangan, walaupun mendandan di bahagian belakang kepala.
Plat penggayaan penggulung rambut ini direka untuk mengelakkan menyentuh dan membakar rambut secara tidak sengaja. Bagi mengurangkan kerosakan rambut, plat-plat berkenaan disaluti seramik pelindung untuk memastikan agihan haba yang serata bagi menghasilkan rambut yang lembut dan bersinar. Plat-plat tersebut hanya boleh dipanaskan sehingga suhu yang digunakan golongan profesional iaitu 200°C, sekaligus mengurangkan lagi kerosakan rambut. Philips Easy Natural Curler hanya mengambil masa 30 saat untuk sedia digunakan dan sesuai bagi rambut pendek, sederhana dan panjang. Rekaan yang ringan, bersaiz kompak dan mudah digunakan memudahkan wanita membawanya dalam beg tangan mereka untuk digunakan ketika berada di luar rumah.
Harga dan ketersediaan
Philips Easy Natural Curler boleh didapati di kedai-kedai elektrik dan gedung beli-belah utama serta laman web www.blipmy.com pada harga yang disyorkan RM169. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.philips.com.my.