Keperluan kecantikan baru untuk setiap wanita – memperkenalkan1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® yang menampilkan teknologi pelembapan yang terbukti untuk mata berseri secara semulajadi setiap hari!
Kanta kecantikan inovatif sihat ini dikatakan mampu menyerikan mata wanita sepanjang hari. Teknologi eksklusif ACUVUE® iaitu LACREON® yang berpaten menerapkan agen pelembab terus ke dalam fabric kanta yang berteknologi tinggi, menggunakan Etafilcon A, untuk memberikan perlindungan kelembapan yang bertahan sehingga 20 jam untuk keselesaan sepanjang hari.
Duta tempatan jenama 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®, artis Malaysia JoJo Goh berkata, “Saya sememangnya peminat kanta lekap jenama ACUVUE®dan telah lama menggunakannya kerana ia memudahkan saya dalam kerjaya saya. Apabila penggambaran berlanjutan selama berjam-jam dalam studio berhawa dingin atau lokasi luar yang panas, ia adalah sukar untuk mengekalkan keadaan mata yang terang dan berkilau sepanjang hari. Selain itu touch-up yang kerap dan lampu limpah yang terlalu terang juga memberi tekanan kepada mata saya, oleh itu saya sungguh gembira kerana 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ kini mengandungi LACREON®. Kesan pelembabnya sungguh selesa untuk penggunaan sepanjang hari dan mata saya kelihatan sentiasa segar dan bertenaga walaupun saya keletihan. Kini, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® ialah keperluan kecantikan seharian saya kerana ia memberikan kilauan mata yang menawan dengan serta merta walaupun tanpa mekap.”
Kanta lekap ini merupakan kanta lekap paling nipis dipasaran juga menggunakan teknologi unik Beauty-Wrapped-In-Comfort ™ (BWIC™),dimana warna ditanam antara dua lapisan lutsinar kanta nipis yang diperbuat dari Etafilcon A bagi menghalang pigmen dari bersentuhan dengan mata. Teknologi ini bertepatan dengan falsafah Johnson & Johnson iaitu untuk mempromosi kesihatan mata untuk semua.
Malah, satu-satunya jenama kanta lekap yang mempunyai pengiktirafan perlindungan UV berstandad antarabangsa untuk menghalang sinar UV yang boleh mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang terhadap mata. Dengan teknologi berpaten untuk membekalkan kelembapan dan oksigen yang tiada bandingan, 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® memberikan kaum wanita mata yang menawan, berkilau serta kelihatan lebih muda, sama seperti penjagaan kecantikan harian untuk kulit.”
Kanta lekap pakai buang harian yang didapati dalam Natural Shine™ dengan gelang limbal kelabu gelap dan kilauan emas; Accent Style dengan gelang limbal hitam; dan Vivid Style dengan gelang limbal coklat. Dapatkan maklumat lanjut tentang kanta lekap 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON® dari pakar optometrist ACUVUE® yang bertauliah atau layari www.acuvue.com.my atau www.facebook.com/AcuvueMalaysia