Hari Kesihatan Mulut Sedunia memberi penekanan terhadap penjagaan mulut dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia bersama LISTERINE®, Rakan Antarabangsa Hari Kesihatan Mulut Sedunia, meraikan hari sejagat ini dengan usaha untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa penjagaan mulut yang baik amat penting untuk kesihatan diri keseluruhannya.
Kempen yang disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan ini akan menyaksikan penganjuran ‘roadshow’, inisiatif pendidikan dan program/ceramah oleh doktor gigi untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan gigi dan langkah penjagaan mulut yang lengkap di kalangan masyarakat.
Kajian yang dijalankan baru-baru ini sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia yang melibatkan hampir 380 rakyat Malaysia menunjukkan hanya 31% responden mengetahui bahawa penyakit diabetes mempunyai kaitan dua-hala dengan kesihatan mulut dan hanya 34.6% mengetahui bahawa penyakit gusi yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungan.
Kajian mendedahkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap; 78.19% tidak menyedari atau kurang pasti memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk pembersihan mulut yang menyeluruh kerana ia hanya membersih 25% mulut kita. Kajian ini merumuskan hanya sejumlah kecil (32.7%) rakyat Malaysia mengamalkan rutin penjagaan mulut menyeluruh termasuk berkumur dengan pengkumur mulut.
“Memberus gigi hanya membersih 25% daripada mulut anda dan ini tidak mencukupi. Dengan mengabaikan rutin penjagaan mulut yang lengkap, kita mengabaikan satu-satunya perkara yang membolehkan kita makan, minum, senyum dan bercakap dengan yakin, ini akan menjejaskan kesihatan, perhubungan peribadi, pekerjaan dan juga harga diri kita,” kata Encik Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 daripada www.listerine.com.my atau ‘suka’ laman Facebook LISTERINE® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia.