Berita yang agak menggemparkan dunia hiburan Korea apabila hallyu star Lee Min Ho dan Suzy dikhabarkan telah dating selama 2 bulan. Malah, mereka ke London, Paris, Korea untuk bertemu antara satu sama lain.
Pada 10 Mac, Lee Min Ho dan Suzy masing-masing berlepas ke Paris dan London. Selepas memenuhi jadual individu mereka, mereka bertemu di London.
Pada 15 Mac, Lee Min Ho dan Suzy ditemui di Waldorf Hilton Hotel di London. Suzy dan Lee Min Ho dikatakan menyewa kereta Benz dan menuju ke The Shard, di mana merupakan lokasi Shangri-La Hotel.
Bukan itu sahaja, untuk mengelakkan diketahui, Lee Min Ho menutup mukanya dengan mask manakala Suzy mengenakan fesyen hooded jumper bagi menutup sebahagian mukanya.
Portal hiburan Korea, Dispatch mengesankan Lee Min Ho dan Suzy berada di Namsan pada 25 Februari. Malah, portal tersebut melaporkan Lee Min Ho dan Suzy bertemu hampir setiap hari sejak 23 Februari, kecuali ketika mereka ke luar negara.
Walaubagaimanapun, kedua-dua agensi sedang dalam proses mendapatkan kepastian dan kenyataan rasmi daripada mereka berdua. Tunggu!
Terkini
Ini kenyataan daripada agensi Lee Min Ho :-
After checking if the relevant reports are true, we will make an official statement. We will give a reply regarding the news that a news source reported. The two have been dating for about a month and are currently meeting each other carefully with good feelings. Please watch over the two with warm glances.
Ini kenyataan daripada agensi Suzy :-
“Suzy and Lee Min Ho have been dating for about a month. They’re just carefully starting, so we would be grateful if people look on them warmly“.
Anda rasa mereka dating atau tidak?
Sumber : mwave, allkpop, portal hiburan Korea Dispatch