Sekiranya anda tergerak hati ingin melancong ke Taiwan buat kali pertama atau melawatinya sekali lagi ke Taiwan, inilah peluang keemasan anda untuk melawat pulau ini pada tahun 2015! Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur (Taiwan Tourism Bureau Kuala Lumpur, TTBKL) menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan buat kali pertamanya di Malaysia, bertemakan “Masa untuk Menikmati Kehidupan” yang akan diadakan di Pusat Membeli-belah 1 Utama, di mana orang ramai boleh mendapatkan tawaran yang terbaik untuk perlancongan ke Taiwan menerusi pameran ini yang diadakan dari 25 hingga 29 Mac 2015.
Berdasarkan kajian selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan Taiwan pada tahun 2012, daya tarikan utama untuk pelancong tempatan termasuk lokasi perlancongan dan pemandangan, makanan dan membeli-belah. Oleh itu, pameran pelancongan Taiwan ini juga akan menitikberatkan tiga pengalaman perlancongan yang utama ini dengan bertemakan “Masa untuk Menikmati Hidup”:
Taiwan mempunyai segala-galanya apabila dikaitkan dengan makanan. Anda boleh makan dengan sepuas-puas tanpa perlu membelanja dengan banyak. Daripada buah-buahan bermusim, hidangan tradisional cina yang lazat, hidangan vegetarian yang sihat, pencuci mulut ais dan minuman tea kreatif, hidangan Taiwan menggunakan bahan-bahan tempatan dengan sepenuhnya dan teknik yang tradisional untuk mengujakan serta memenuhi selera anda. Jangan lupa juga pasar malam yang terkenal di seluruh dunia di mana ia penuh dengan aroma yang wangi kerana makanan di jalanan dan snek yang lazat!
Taiwan merupakan tempat ia menjadi syurga buat shopaholics! Banyak pusat membeli-belah yang besar dan rangkaian kedai boleh didapati di semua pulau Taiwan. Anda boleh membeli apa-apa sahaja yang anda perlukan, daripada produk 3C yang berkualiti tinggi keluaran dari Taiwan, teh tanah tinggi yang terkenal dan juga anyaman buatan tangan. Untuk peminat fesyen pula, pelbagai jenis pakaian yang berharga berpatutan, barangan kulit dan produk berjenama boleh didapati di hujung jari anda. Di Taiwan, anda pasti akan memperoleh apa yang anda inginkan.
Kebelakangan ini, trend LOHAS (Lifestyles of Health and Sustainability) menjadi semakin popular apabila orang ramai mula menjadi lebih peka terhadap kesihatan dan alam semula jadi. Taiwan terkenal dengan amalan LOHAS, dan tiada cara yang lebih baik untuk mengalaminya dengan melakukan pergembaraan berbasikal di sepanjang lebuh raya pantai yang menakjubkan! Hayatilah keindahan alam semula jadi dan hargai pelbagai perkara yang kecil tetapi penuh makna bersama yang tersayang.
“Selain daripada mendapat previu menarik yang akan ditawarkan oleh Taiwan, pengunjung ke Pameran Pelancongan Taiwan juga mempunyai peluang untuk menonton persembahan kebudayaan; mempelajari seni ukir tanah liat daripada artis kraftangan Taiwan; menghadiri ceramah mengenai pelancongan eksklusif yang fokusnya adalah aktiviti berbasikal dan buah-buahan yang hanya boleh didapati di Taiwan sahaja; anda juga berpeluang untuk menikmati sampel makanan jalanan yang terdapat di Taiwan,” kata Pengarah TTBKL, Encik David Tsao.
Untuk pengunjung pameran yang mendapatkan pakej pelancongan daripada mana-mana agensi perlancongan yang menyertai pameran ini, mereka berpeluang memenangi hadiah dalam cabutan bertuah untuk setiap RM500 yang dibelanjakan. Hadiah lumayan termasuk tiket penerbangan pulang balik ke Taipei yang ditaja oleh China Airlines dan Eva Airways; dan pelayaran Asia Timur dengan menaiki kapal mewah Star Aquarius, Star Virgo dan Aquarius yang ditaja oleh Star Cruises. Tandalah tarikh tersebut pada kalendar anda dan lawatlah Pameran Pelancongan Taiwan serta membawa pulang hadiah-hadiah hebat ini!
Pameran Pelancongan Taiwan akan diadakan di Oval, Pusat Membeli-Belah One Utama dari 25-29 Mac 2015. Pameran ini akan bermula pukul 10 pagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.facebook.com/tbrockl.