MAGNUM telah dikenali sebagai ais krim premium sejak beberapa dekad. Aiskrimnya menjanjikan kepuasan premium kepada pencari keseronokan. Rasa mewah berasal dari bahan utamanya, coklat Belgium, yang dihargai sebagai coklat terbaik dan paling premium.
Coklat Belgium merupakan tradisi dalam masakan sejak abad ke-17, dimana ia dibuat untuk menikmati royalti. Gabungan unik bahan-bahan terbaik, kaedah pengeluaran yang eksklusif dan kawalan kualiti yang ketat menjadikan coklat Belgium kegemaran seluruh dunia.
MAGNUM baru-baru ini menjadi tuan rumah sesi santapan eksklusif di MAGNUM Kuala Lumpur untuk meraikan ‘The Best of Belgian Indulgence’ dimana para tetamu dijemput untuk membelai deria rasa mereka dengan merasai hidangan yang diilhamkan daripada coklat, dicipta menggunakan coklat Belgium berkualiti tinggi oleh Chef Steven Chin, Chef Eksekutif Kumpulan Magnum Kuala Lumpur.
Sebagai permulaan, tetamu dihidangkan dengan Spice Butternut Squash veloute, shaved bitter dark chocolate, cinnamon : sup butternut pumpkin bersama sedikit haruman kayu manis dilengkapkan dengan parutan coklat di atasnya.
Berikut adalah pembuka selera. Marinated capellini, crisp unagi beignet, salted choc emulsion, ulam-ulaman, soy reduction, crisp ginger : pasta capellini bersama ulam-ulaman dan dihidangkan bersama crisp unagi beignet, salted choc emulsion, soy reduction dan halia rangup.
Para tetamu kemudiannya dihidangkan dengan hidangan utama. Pan seared butterfish, sautéed baby spinach, white chocolate “beurre blanc” : butterfish fillet dihidangkan bersama sautéed baby spinach dan sos coklat putih.
Acara Belgium Indulgence mencapai kemuncaknya apabila Death by chocolate dihidangkan : kek coklat larva yang dibakar atas permintaan.
MAGNUM pasti telah membawa keseronokan ke tahap baharu. Pengalaman MAGNUM tidak berakhir di situ kerana mereka akan melancarkan kempen pada April 2015 yang dipanggil ‘Celebrating Chocolate Pleasures’. Ini akan menandakan satu lagi peristiwa penting kempen MAGNUM yang akan memberikan pengguna peluang merasai coklat premium dan pengalaman aiskrim melalui acara legar, pertandingan digital dan promosi dalam kedai.
Untuk maklumat lanjut mengenai MAGNUM dan tawaran terbaharu, sila layari laman Facebook rasmi MAGNUM Malaysia di https://www.facebook.com/MagnumMalaysia.